WWE 2K yang terakhir adalah WWE 2K20 yang dikeluarkan pada tahun 2019, permainan tersebut telah menerima penerimaan yang kurang baik terutama dengan pelbagai masalah prestasi dan juga pepijat.

Oleh disebabkan itu, 2K telah mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan WWE 2K21 dan mengambil lebihan masa tersebut untuk membawa sesuatu yang baharu bagi siri permainan ini.

Pada bulan April lepas, ketika acara Wrestlemania, mereka mengumumkan secara rasmi WWE 2K22 akan tetapi tidak mengumumkan tarikh pelancaran. Mengikut kebiasaan ia dijangka akan tiba pada tahun ini, kerana menggunakan judul 2K22.

Namun, berdasarkan treler baharu yang dikongsi, tampaknya siri WWE 2K tidak akan dikeluarkan untuk 2 tahun kerana WWE 2K22 hanya akan dilancarkan pada bulan Mac tahun depan. Anda boleh tonton video pengumuman tersebut di bawah.

Menurut 2K, permainan ini telah dihasilkan semula daripada awal dan akan menyertakan cara kawalan baharu, grafik yang lebih baik bersama dengan enjin permainan yang diolah semula. Maklumat lanjut mengenainya akan tiba pada Januari 2022.

Mereka tidak mengumumkan platform yang ia akan tiba, tetapi dijangkakan akan tiba untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini