Antara sebab utama Steam dipenuhi dengan permainan baharu, setiap bulan ia menerima hampir ataupun lebih seribu permainan, adalah melalui Sistem Penerbitan Sendiri. Setiap penerbit boleh mengeluarkan permainan di Steam dengan bayaran $100.

Epic Games Store tampaknya akan memperkenalkan fungsi tersebut juga melalui sesi beta tertutup di mana penerbit permainan video kini boleh daftar untuk mencubannya. Maklumat lanjut mengenai boleh di baca melalui pautan ini.

Melalui sistem ini, penerbit boleh menyenarikan sendiri permainan mereka dan mencipta sendiri laman untuk produk, achievements, harga, tawaran promosi dan juga kemaskini. Sebelum ini, penerbit perlu berhubung dengan Epic Games untuk mengurus permainan mereka.

Dengan pengenalan sistem ini, ia sudah semestinya akan menambah lagi penawaran permainan di Epic Games Store, akan tetapi ia juga akan membawa permasalahan terdapat terlalu banyak permainan yang kurang berkualiti.

Buat masa ini, Epic Games Store menetapkan yang permainan tidak boleh mengandungi kandungan yang kebencian, pornografi, kandungan haram, melanggar hak cipta dan juga permainan yang menipu ataupun malware. Permainan yang mempunyai fungsi multi-pemain mesti perlu menyokong sesi permainan dengan gedung permainan PC lain.

Sohor Kini