Valorant Masters yang terakhir bagi musim ini sebelum Valorant Champions yang akan dianjurkan pada Disember adalah Masters Berlin pada bulan depan, di mana satu slot untuk Valorant Champions akan diberikan kepada juara, ia juga peluang terakhir untuk mendapat Circuit Point.

Pasukan lain yang akan melayakkan diri ke Valorant Champions adalah pasukan yang mendapat Circuit Point tertinggi sepanjang musim ini mengikut setiap benua, bagi pasukan yang tidak layak, mereka juga akan diberikan peluang terakhir melalui Valorang Last Chance Qualifier.

Last Chance Qualifier ini akan dibahagikan kepada termasuk juga APAC yang akan melibatkan 3 pasukan daripada Asia Tenggara, 2 pasukan dari China, 2 pasukan dari Korea, 2 pasukan dari Jepun dan 1 pasukan dari Asia Selatan. Juara untuk kejohanan ini juga akan mendapat tiket ke Valorant Champions.

Buat masa ini, terdapat dua pasukan yang menempah tiket ke Valorant Champions iaitu Sentinels dan juga KRU Esports yang mendapat Circuit Point tertinggi bagi benua masing-masing.

Valorant Masters: Berlins akan berlangsung bermula 10 September ini, di mana Bren Esports dan Paper Rex akan mewakili Asia Tenggara, Paper Rex akan mempunyai seorang pemain Malaysia iaitu Khalish Rusyaidee (d4v41).

Sohor Kini