Ubisoft telah berkongsi video baharu untuk Tom Clancy’s Rainbow Six Extraction di mana mereka berkongsi lanjut mengenai permainan yang diumumkan pada bulan Jun lepas.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Seperti diumumkan sebelum ini, Rainbow Six Extraction adalah PvE dan bukan PvP, oleh itu pemain boleh bermain secara multi-pemain sebagai sepasukan berbanding bertempur sesama sendiri. Namun, ia juga boleh dimainkan secara berseorangan.

Semasa pelancaran ia akan menyertakan 18 Operator seperti Alibi, Smoke, Pulse, Nomad, IQ, Dan Hibana, mereka adalah operator-operator yang pemain akan kenali jika pernah bermain Rainbow Six Siege. Setiap operator ini juga boleh dipertingkatkan tahap secara kendiri untuk mendapat pelbagai kelebihan yang unik.

Peningkatan tahap juga akan memberikan lebih pilihan senjata dan peralatan, Extraction akan mempunyai lebih 65 pilihan senjata antaranya adalah 10 daripada Siege, 15 senjata baharu untuk Extraction dan lebih 25 peralatan lain.

Ia juga akan menyertakan 12 peta daripada 4 kawasan iaitu San Francisco, New Mexico, Alaska dan New York, mereka mengatakan peta di dalam Extraction adalah 3 kali lebih besar berbanding peta Siege dan ia mempunyai pembolehubah yang dinamik untuk menjadikan setiap sesi terasa berlainan.

Di dalam permainan ini, pemain perlu menyelesaikan pelbagai objektif, bergantung kepada pilihan pemain boleh melakukan lebih daripada satu objektif pada satu sesi. Terdapat 13 objektif berbeza dan 13 jenis penjahat yang akan menghalang.

Rainbow Six Siege akan dilancarkan pada Januari 2022 selepas ditunda daripada September tahun ini. Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store.

Sohor Kini