Geoff Keighley iaitu pencipta The Game Awards dan juga yang akan menjadi hos ketika acara pembukaan Gamescon kelak telah berkongsi yang akan terdapat pengumuman berkaitan dengan Saint Row dan memperlihatkan perkataan “Rebooting” di dinding.

Ini dengan kata lain mengesahkan yang permainan dunia terbuka oleh Volition tersebut akan mendapat olahan semula. Permainan terakhir yang dikeluarkan untuk siri ini adalah Saint Row IV iaitu pada 8 tahun yang lepas, selain daripada versi penambah-baikkan dan juga penambahan.

Pada tahun lepas, laman Twitter Saint Row telah mengesahkan yang mereka sedang membangunkan permainan Saint Row baharu, dan ketika laporan kewangan oleh Embracer Group iaitu syarikat induk untuk THQ serta Deep Silver yang menerbitkan permainan Saint Row sebelum ini juga melaporkan permainan baharu Saint Row sedang dibangunkan.

Acara pembukaan Gamescon akan berlangsung pada 2 pagi, 26 Ogos dengan pra-acara bermula pada 1.30 pagi. Anda boleh tontonnya di Youtube dan juga Twitch.

Sohor Kini