Netflix ialah platorm pilihan kami untuk menonton siri dokumentari dan The Social Dilemma adalah antara yang terbaik pernah mereka hasilkan sehingga menjadi topik perbualan di media sosial. Bagi mereka yang ingin menonton The Social Dilemma tetapi tidak mempunyai akaun Netflix, ia kini boleh ditonton secara percuma di YouTube.

Dokumentari boleh ditonton pada resolusi 1080P sahaja dengan sari kata hanya dalam Bahasa Inggeris. Ini berbeza dengan di Netflix dengan resolusi lebih tinggi serta pilihan sari kata yang lebih banyak. Tetapi bagi mereka yang ingin melihat bagaimana Media Sosial menjejak pergerakan pengguna, memanipulasi maklumat, perasaan dan impaknya ke atas masyarakat The Social Media akan membuatkan anda berfikir untuk memadam akaun-akaun yang dimiliki.

Sohor Kini