Pada bulan ini, Garena Free Fire menyambut ulang tahun ke-4 untuk permainan tersebut selepas dilancarkan pada tahun 2017. Bersempena dengannya mereka akan menganjurkan pelbagai acara di dalam permainan ataupun Free Fire 4nniversary.

Bermula hari ini, pemain boleh memasuki Training Ground khas untuk sambutan ini yang akan menyertakan persembahan muzik dan juga pelbagai permainan mini untuk dilakukan oleh pemain. Ia akan disertakan sehingga 6 September 2021.

Selain itu, misi di dalam permainan bersempena sambutan ini juga sudah bermula dan pemain berpeluang untuk melakukannya sehingga 5 September 2021. Pemain hanya perlu menerima jemputan di dalam permainan dan akan mendapat ganjaran dengan log masuk serta melakukan misi harian.

Kemuncak sambutan ini adalah pada 28 Ogos, di mana mereka akan menawarkan pelbagai acara termasuk juga mod baharu. Ia adalah seperti berikut;

  • The Clash Squad Cup – Ia akan berlangsung pada 28 – 29 Ogos, di mana pasukan 4 pemain akan bertempur sebanyak 4 perlawanan di dalam Clash Squad Mode untuk menentukan ganjaran yang diperoleh. Pemain juga boleh menggunakan tiket untuk mempertingkatkan kualiti ganjaran.
  • Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan, pemain juga boleh dapatkan Magic Cuba Fragments dengan bermain pada 28 sehingga 31 Ogos 2021.
  • Bunuh dengan sejumlah tertentu untuk mendapatkan Crazy Guitar Emote
  • Log masuk permainan untuk mendapat watak Thiva secara percuma
  • Main dan dapatkan 3 Booyah pada 31 Ogos untuk mendapatkan beg Thrash Metallic.

Akhir sekali mereka juga mengumumkan yang Dj Dimitri Vegas dan Like Mike bersama dengan Alok serta KSHMR akan bersama untuk menghasilkan lagu baharu bagi Garena Free Fire iaitu ‘Reunion’. Ia akan tiba pada 10 malam ini di Spotify dan juga Youtube.

Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini