Sony Interactive Entertainment mengumumkan yang bersempena dengan pelancaran NBA 2K22 pada 10 September ini, mereka akan hadir dengan berkas DualSense + NBA 2K22 Jumpstart.

Dengan harga RM349 iaitu harga asal untuk DualSense, berkas ini juga akan memberikan 3 MyTeam Packs dan juga 2,500 MyTeam Point, namun permainan NBA 2K22 perlu dibeli secara berasingan.

NBA 2K22 akan dikeluarkan pada 10 September ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Naik taraf percuma dari PS4 ke PS5 hanya ditawarkan melalui Cross-Gen Bundle ataupun 75 Anniversary Edition.

Sohor Kini