Jika anda merasakan yang Bethesda akhirnya akan beralih daripada The Elder Scrolls V: Skyrim selepas The Elder Scrolls VI diumumkan secara rasmi, anda salah. Bethesda baru sahaja mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan edisi baharu untuk permainan tersebut iaitu Edisi Ulang Tahun.

Melaluinya ia akan menyertakan Skyrim Special Edition bersama dengan lebih 500 mod yang dihasilkan melalui Creation Club yang akan menyertakan pelbagai penambahan termasuk juga penceritaan baharu. Mereka juga akan menyertakan memancing di dalam permainan ini.

Ia akan dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC pada 11 November. Pemain yang memiliki Skyrim Special Edition boleh naik taraf ke Edisi Ulang Tahun ini, tetapi tidak disahkan mengenai harga ataupun jika ia adalah percuma.

Satu perkara yang percuma adalah Skyrim juga akan menerima naik taraf untuk konsol generasi terkini iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series. Naik taraf ini juga ditawarkan untuk Special Edition dan tidak perlu mendapatkan Edisi Ulang Tahun ini.

The Elder Scrolls V: Skyrim sudah dikeluarkan untuk pelbagai platform sejak tahun 2011.

Sohor Kini