Bethesda hari ini telah melancarkan Quake iaitu versi penambah-baikkan untuk permainan pertama yang dikeluarkan pada tahun 1996. Ia dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Ia ditawarkan dengan harga RM39 di PS Store dan Steam, $9.99 untuk Xbox One dan Switch. Pemilik Quake di PC boleh mendapat versi baharu ini secara percuma, dan ia juga disertakan di dalam Xbox Game Pass bersama dengan Quake II dan Quake III tetapi untuk PC sahaja.

Versi baharu ini akan menyokong resolusi 4K serta sokongan skrin lebar di PC dan juga peningkatan kualiti untuk tetapan grafik yang lain. Penambahan sokongan untuk 4K 120hz akan tiba untuk PS5 dan Xbox Series di masa hadapan.

Ia juga akan menyokong sesi multi-pemain secara setempat dan juga dalam talian sehingga 4 untuk kesemua kempen penceritaan termasuk juga dua kempen tambahan yang dibangunkan oleh MachineGames.

Sohor Kini