Void Bastard Dan Yooka-Laylee Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store

Selepas satu sahaja permainan percuma ditawarkan pada minggu lepas, minggu ini Epic Games Store menawarkan dua permainan iaitu Void Bastards dan juga Yooka-Laylee. Ia boleh ditebus bermula sekarang sehingga 26 Ogos 2021.

Void Bastards adalah permainan FPS roguelike yang dibangungkan oleh Blue Manchu dan diterbitkan oleh Humble pada tahun 2019 untuk kesemua platform. Di dalam permainan ini pemain akan menjadi seorang banduan yang perlu menyerang kapal lain untuk membaiki kapal sendiri. Selepas terbunuh pemain akan menjadi banduan yang lain, dan perlu bermula semula tetapi senjata dan tahap akan terus kekal.

Epic Games Store: Void Bastards

Yooka-Layle pula adalah permainan platformer yang dibangunkan oleh Playtonic Games dan diterbitkan oleh Team 17, ia adalah permainan sampingan untuk siri Banjo-Kazooie. Pemain akan mengawal dua watak dan perlu melalui pelbagai kawasan dengan menyelesaikan tekaria.

Epic Games Store: Yooka-Laylee

Selepas tawaran untuk dua permainan ini berakhir, Epic Games Store akan menawarkan satu permainan pada minggu depan iaitu Automachef.

Sohor Kini