505 Games telah mengumumkan yang mereka akan mempunyai persidangan tersendiri semasa acara Gamescom 2021 yang akan berlangsung pada 25 Ogos ini. Mereka akan memperlihatkan permainan baharu dan juga kemaskini untuk beberapa permainan mereka.

Antara permainan yang akan dikongsi adalah seperti berikut;

  • Assetto Corsa Showcase – 27 Ogos 2021
  • Grow: Song of the Evertree
  • Rogue Spirit
  • Re:Legend

Re:Legend merupakan permainan oleh Magnus Games Studio iaitu sebuh studio tempatan, pengumuman yang akan dilakukan adalah memfokuskan kepada mod multi-pemain sehingga 4 pemain, sebelum permainan ini dilancarkan secara penuh tidak lama lagi. Ia sudah boleh didapatkan di Steam secara akses awal.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai permainan-permainan ini dan juga pengumuman lain oleh 505 Games melalui Gamescom Now yang akan boleh diakses bermula 25 Ogos ini.

Sohor Kini