Sepertimana yang diumumkan oleh Activision sebelum ini, mereka akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan baharu untuk siri Call of Duty, iaitu Call of Duty Vanguard. Ia akan tiba pada 5 November 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Treler pengumuman boleh ditonton di bawah.

Mereka mengesahkan yang Vanguard akan memfokuskan kepada Perang Dunia Kedua iaitu semasa Special Forces baru ingin ditubuhkan. Ia juga akan menyertakan kempen penceritaan yang akan memfokuskan kepada empat watak daripada negara berbeza.

Manakala untuk mod multi-pemain, ketika pelancaran ia akan menyertakan 20 peta, dengan menyertakan mod seperti Gunsmith, Champion Hill secara 1v1, 2v2 ataupun 3v3. Mod Zombi juga disahkan akan disertakan di dalam Vanguard.

Activision juga mengesahkan yang Call of Duty Vanguard akan menyertakan integrasi lebih menyeluruh dengan Call of Duty Warzone di mana permainan percuma tersebut akan mendapat peta dan mod permainan baharu pada akhir tahun ini.

Ia akan menggunakan teknologi yang sama dengan Vanguard untuk memudahkan penggunaan senjata dan operator yang sama. Call of Duty Vanguard dibangunkan oleh Sledgehammer Games dan Call of Duty Warzone oleh Raven Software.

Sohor Kini