Selepas treler pertama untuk Eternals dikeluarkan, mereka mengatakan yang kumpulan Eternals tidak pernah melibatkan diri di dalam masalah ataupun apa-apa yang berlaku melibatkan manusia, akan tetapi kali ini mereka perlu melibatkan diri.

Ramai yang mula tertanya, jika Thanos menghilangkan separuh kehidupan, bukan sesuatu yang mereka melibatkan diri, apalah kejadian yang memaksa mereka bertindak?

Di dalam treler baharu yang juga dikatakan sebagai treler terakhir, mereka menjawab beberapa persoalan tersebut.

Pertama, mengapa mereka tidak melibatkan diri sebelum ini? Soalan ini ditanya oleh Dane Whitman lakonan Kit Harington yang merupakan seorang manusia kepada kekasihnya iaitu Sersi lakonan Gemma Chan. Sersi mengatakan yang Eternals diarahkan untuk tidak terlibat dengan permasalahan manusia melainkan yang melibatkan deviant.

Tidak disahkan lagi apa itu deviant, ia berkemungkinan raksasa aneh yang diperlihatkan di dalam treler ini. Eternals juga dikatakan tiba 7000 tahun yang lalu untuk melawan dengan deviant.

Apabila Dane Whitman bertanya perkara tersebut diarahkan oleh siapa, treler tersebut sekadar memperlihatkan satu Celestial yang mengikut komik adalah watak yang bertanggungjawab menghasilkan eternals.

Bagi soalan kedua, mengapa mereka melibatkan diri sekarang? Ia mungkin dijawab oleh Ajak iaitu lakonan Salma Hayek yang mengatakan disebabkan kejadian di dalam Endgame di mana Avengers berjaya mengembalikan semula kesemua yang dihilangkan oleh Thanos, ia menghasilkan tenaga yang mencukupi untuk Emergence berlaku, dan mereka hanya mempunyai 7 hari untuk menghalangnya(?).

Eternals akan tiba di pawagam pada 5 November, seperti biasa untuk di Malaysia ia bergantung kepada keadaan semasa pembukaan pawagam.

Sohor Kini