The Pokemon Company telah mengumumkan yang permainan MOBA Pokemon Unite akan tiba untuk iOS dan juga Android pada 22 September ini. Pemain juga kini boleh pra-daftar melalui App Store dan juga Play Store.

Mereka mengumumkan yang jika mendapat 2.5 juta pra-daftar, semua pemain akan menerima lesen untuk mendapatkan Pikachu dan juga mencecah 5 juta pemain juga akan mendapat kostum Holowear.

Pokemon Unite sudah dilancarkan untuk Nintendo Switch pada bulan Julai lepas, dan ia telah menerima sambutan yang sangat baik walaupun ada rungutan yang mengatakan ia adalah permainan yang perlu bayar untuk menang.

Bagi pemain di Nintendo Switch, mereka mengesahkan yang ia akan menyokong fungsi rentas platform dan juga rentas akaun di mana pemain boleh menggunakan akaun yang sama di kedua-dua platform.

Pokemon Unite dibangunkan oleh Timi Studio dan sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch dan akan tiba untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini