Selain berkongsi lanjut mengenai Pokemon Legends: Arceus, The Pokemon Company juga memperlihatkan Pokemon Brilliant Diamond dan Pokemon Shining Pearl melalui treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Antara yang diumumkan adalah Undergrounds akan kembali, tetapi dikenali sebagai Grand Undergrounds. Ia menyertakan satu fungsi baharu iaitu Pokemon Hideaways, iaitu satu kawasan yang pokemon yang berada di tempat tersebut bergantung kepada patung yang diletakkan di Secret Base pemain.

Pemain juga kini boleh dapatkan pelekat yang boleh ditampal ke pokeball, ia akan memberi kebolehan tambahan untuk membantu pemain menangkap Pokemon. Pemain juga boleh memilih satu pokemon untuk menemani pemain di luar.

Pokemon Brilliant Diamond dan Pokemon Shining Pearl akan dilancarkan pada 19 November 2021 secara eksklusif untuk Nintendo Switch.

Sohor Kini