Seperti kita sedia maklum, Pokemon Legends: Arceus akan menyertakan bentuk permainan dunia terbuka untuk siri ini. Di dalam treler terbaru yang dikongsi semasa Pokemon Presents, ia memperlihatkan apa yang boleh dilakukan oleh pemain.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Pokemon Legends: Arceus akan berlaku di benua Hisui iaitu sebelum ia dikenali sebagai Sinnoh iaitu benua untuk permainan Pokemon Diamond dan Pokemon Pearl. Pada waktu ini, perhubungan di antara manusia dan Pokemon masih lagi tidak seperti permainan-permainan yang terbaru.

Pemain boleh memilih untuk menjadi watak lelaki Akari ataupun watak perempuan Rei yang akan menjadi sebagai sebahagian daripada Galaxy Expedition Team iaitu organisasi yang ingin mengkaji mengenai benua Hisui dan juga Pokemon.

Sebagai ahli Survey Corps, pemain bertanggungjawab untuk mencari dan menangkap pokemon untuk dikaji. Ibu pejabat Galaxy Team adalah Jubilife Village yang akan menjadi Jubilife Town di dalam Pokemon Diamond dan Pokemon Pearl.

Treler tersebut juga memperlihatkan yang pemain boleh menangkap pokemon tanpa perlu bertempur, tetapi ada pokemon yang lebih sukar dan memerlukan pertempuran. Ada juga pokemon juga tampaknya akan menyerang pemain di luar pertempuran.

Bagi pertempuran ia mempunyai dua gaya iaitu Agile dan Strong, melalui gaya Agile pemain boleh melakukan serangan berterusan manakala Strong ia akan melakukan satu serangan yang kuat.

Bagi pilihan pokemon, permulaan pemain boleh memilih di antara Rowlet, Cyndaquil ataupun Oshawott. Mereka juga memperlihatkan dua pokemon baharu iaitu Wyrdeer yang merupakan evolusi daripada Stantler dan juga Basculegion yang merupakan evolusi daripada Basculin.

Selepas menangkap satu pokemon, ia akan disertakan di dalam Pokedex akan tetapi pemain perlu melakukan pelbagai aktiviti lain untuk mendapat kajian penuh, contohnya menangkap sehingga 15 pokemon sama, ataupun beberapa kali melakukan serangan pokemon tersebut.

Pokémon Legends: Arceus akan dikeluarkan pada 28 Januari 2022 secara eksklusif untuk 28 Januari 2022.

Sohor Kini