Psyonix telah mengumumkan yang mereka akhirnya membawa Performance Mode untuk Rocket League di PlayStation 5. Melaluinya, pemain boleh memilih untuk bermain dengan resolusi 2688 x 1512 dengan kadar kelancaran 120FPS.

Sebelum ini, PlayStation 5 hanya menyokong Quality Mode iaitu resolusi 4K dengan kadar kelancaran 60FPS. Xbox Series X sudah menerima mod Quality ini pada bulan Disember lepas.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang berkas kandungan Ratchet & Clank boleh ditebus oleh pemain secara percuma. Berkas ini akan menyertakan Ratchet & Clank Punk Decal untuk Octane, Negatron Collider Boost, Clank Balloon Topper dan Ratchet Balloon Topper.

Rocket League sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Versi permainan mudah alih juga turut diumumkan iaitu Rocket League Sideswipe.

Sohor Kini