Epic Games telah mengumumkan yang mereka menyertakan mod baharu untuk Fortnite iaitu Impostors, di dalam mod ini, 10 pemain akan dibahagikan kepada The Agents dan 2 orang yang menjadi Impostors. tetapi dirakhsiakan.

Agents perlu menyelesaikan kesemua tugasan untuk memenangi permainan ini, manakala impostors perlu membunuh sebilangan Agents secara tersembunyi. Impostors juga akan mempunyai kebolehan seperti menyekat tugasan, menghantar pemain ke tempat lain dan juga menjadikan semua pemain sebagai Peely.

Bagi yang pernah bermain Among Us, ia adalah konsep permainan yang sama. Pemain boleh bermain mod ini dengan pemain lain di mana pemain boleh melakukan bersama dengan satu parti, ataupun secara peribadi dengan kesemuanya dengan rakan.

Ini bukanlah pertama kali Epic Games menyertakan mod ini di dalam Fortnite, pada tahun lepas mereka hadir dengan mod masa terhad The Spy Within. Impostor boleh dikatakan penambahan kepada mod tersebut.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini