Pada pertengahan pertama untuk bulan ini, Xbox Game Pass telah menerima pelbagai permainan menarik seperti Hades, Katamari Damacy Reroll dan sebilangan permainan Codemaster. Pada pertengahan kedua, Microsoft meneruskan lagi dengan menyertakan permainan baharu seperti Psychonauts 2 dan juga Humankind.

Berikut adalah permainan lain yang diumumkan menyertai Xbox Game Pass pada pertengahan kedua bulan ini;

  • Humankind (PC) – Sudah Tiba
  • Recompile (Xbox Series, Cloud, PC) – 19 Ogos
  • Train Sim World 2 (Xbox, Cloud, PC) – 19 Ogos
  • Twelve Minutes (Xbox, Cloud, PC) – 19 Ogos
  • Psychonauts 2 (Xbox, Cloud, PC) – 25 Ogos
  • Myst (Xbox, Cloud, PC) – 26 Ogos

Seperti biasa, mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 31 Ogos;

  • Blair Witch
  • Double Kick Heroes
  • NBA 2K21
  • Stranger Things 3: The Game

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini