Dead by Daylight telah menerima kandungan berdasarkan Stranger Things sejak tahun 2019 melalui Stranger Things Chapter. Minggu ini, mereka telah mengumumkan yang kandungan tersebut tidak lagi dijual selepas 18 November 2021.
Namun, bagi pemain yang sudah memiliki kandungan tersebut masih lagi boleh menggunakannya, bagi pemain yang tidak memilikinya, mereka juga akan melakukan jualan promosi dengan potongan harga sehingga 60% bermula esok seperti berikut;
- Jualan Stranger Things Chapter: 19 Ogos – 2 September
- Jualan Watak: 19 Ogos – 18 November
- Jualan Kostum: 19 Ogos – 9 September

Oleh itu kesemua kandungan ini masih lagi boleh digunakan selepas 17 November jika anda membelinya, kecuali peta Hawkins National Laboratory yang tidak lagi boleh digunakan selepas tarikh tersebut.
Dead by Daylight sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC, ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series melalui keserasian belakang.