Tripwire Presents dan Torn Banner Studios telah mengumumkan yang Chivalry II telah terjual sebanyak 1 juta unit sejak dilancarkan pada 8 Jun lepas. Menjadikan ia adalah permainan pertama diterbitkan oleh Tripwire Presents yang mencecah jumlah tersebut.

Ini juga permainan terlaris untuk pembangun Torn Banner Studios yang juga membangunkan pertama bagi siri ini, NeverMine dan Mirage: Arcane Warfare.

Selain daripada itu, mereka juga mengumumkan yang sudah terdapat 8 juta jam tempoh permainan oleh kesemua pemain, dengan 420 juta pemain telah terbunuh. Kelas Officer dan senjata Messer juga dikatakan paling popular di dalam permainan ini.

Chivalry II sebelum ini telah menerima kemaskini baharu iaitu House Galencourt secara percuma yang menyertakan  dua peta baharu, mod permainan baharu dan juga lebih 60 pilihan ubahsuai berbeza.

Chivalry II sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC dan menyokong fungsi rentas platform.

Sohor Kini