DigixArt telah melancarkan permainan terbaru mereka iaitu Road 96 yang boleh didapati di Nintendo Switch dan juga PC melalui Steam, GOG dan juga Epic Games Store.

Treler pelancaran boleh ditonton di bawah.

Di dalam Road 96 pemain akan cuba untuk keluar dari negara Petria yang diperintah oleh seorang diktator dan menghampiri kemusnahan. Pemain perlu menumpang kenderaan lain untuk pengembaraan dan akan berjumpa dengan pelbagai watak menarik yang mempunyai penceritaan sendiri.

Pemain juga akan berjumpa dengan pelbagai halangan di dunia yang akan dicipta secara rawak untuk memberi pengalaman berbeza kepada setiap pemain. Pilihan pemain juga akan menentukan apa yang akan berlaku di dalam Road 96.

Road 96 juga hadir dengan berkas Hitchhiker yang menyertakan muzik runut dan juga ebook mengenai kisah pengenalan untuk permainan ini.

DigixArt juga baru-baru ini telah diambil alih oleh Koch Media menjadikan Road 96 adalah permainan pertama yang dikeluarkan selepas menyertai mereka.

Sohor Kini