The Pokemon Company dengan kerjasama bersama dengan ESL telah mengumumkan pengajuran buat julung kalinya kejohanan Pokemon Asia Player Cup 2021, iaitu kejohanan esukan untuk permainan Pokemon Sword dan juga Pokemon Shield.

Kejohanan ini adalah terbuka kepada pemain dari Malaysia, Hong Kong, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand untuk merebut peluang mendapat jemputan ke Pokemon Global Exhibition dan juga Pokemon World Championships 2022.

Pusingan kelayakan di setiap negara akan berlangsung pada 28, 29 Ogos dan 4, 5 September 2021. Peringkat akhir akan melibatkan 8 pemain terbaik, dan mereka akan bertempur pada 11 September untuk mencari satu pemenang.

Juara bagi kejohanan ini akan mendapat jemputan ke Pokemon Global Exhibition dan juga Pokemon World Championship 2022 termasuk kos penginapan serta tiket penerbangan.

Kesemua pemain yang melayakan diri ke peringkat akhir juga akan mendapat jemputan ke Pokemon World Championship, permainan fizikal Pokemon Brilliant Diamond & Pokemon Shining Pearl Double Pack dan Pokemon Legends: Arceus.

Pendaftaran dan juga maklumat lanjut boleh dibaca melalui pautan ini; Pokémon Asia Players Cup 2021 | ESL Play (eslgaming.com).

Sohor Kini