Epic Games telah mengumumkan yang kostum seterusnya tiba untuk Fortnite adalah Wonder Woman menyertai watak-watak DC lain yang tiba sebelum ini seperti Batman dan juga Superman yang baru sahaja tiba musim ini.

Pemain boleh mula dapatkan kostum Wonder Woman pada 20 Ogos ini yang akan turut menyertakan Golden Eagle Wings Glider, Athena’s Battleaxe, Skrin Pemuat DC Trinity, dan Diana’s Mantle Back Bling yang akan mempunyai dua pilihan.

Selain itu, Epic Games juga mengumumkan Wonder Woman Cup untuk memberi peluang kepada pemain untuk dapatkan kostum Wonder Woman dan Diana’s Mantle Back Bling sebagai idea. Pemain mempunyai 10 perlawanan untuk mendapatkan markah tertinggi.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini