Roblox telah mengumumkan yang mereka mengambil alih Guilded di dalam satu transaksi yang tidak diumumkan nilainya. Guilded merupakan platform sembang yang memfokuskan kepada permainan video, dan boleh dikatakan sebagai pesaing untuk Discord.

Guilded dilancarkan sejak tahun 2017 dan membolehkan pengguna untuk sembang secara bertulis, suara dan juga video. Mereka juga mempunyai pelbagai alat seperti penjadualan acara, mencipta kumpulan dan pelbagai lagi. Ia juga mempunyai sistem bot yang mesra pengguna.

Mereka mengatakan dengan sokongan oleh Roblox, mereka dapat mempertingkatkan kualiti Guilded dengan lebih baik dan lebih pantas, dan dapat melakukan projek-projek yang lebih besar.

Buat masa ini, Roblox mengumumkan yang Guilded akan terus beroperasi secara kendiri dan akan mengekalkan kesemua barisan pengurusan sedia ada.

Roblox merupakan platform dalam talian yang membolehkan pemain mencipta permainan dan juga barangan untuk diberikan dan juga dijual kepada pemain lain. Ia merupakan permainan mudah alih dengan kutipan tertinggi untuk tahun ini.

Sohor Kini