Variety telah melaporkan yang Amazon menghampiri untuk mendapat hak penstriman Hotel Transylvania: Transformania daripada Sony Pictures Animation dengan bayaran mencecah $100 juta (~RM423 juta).

Dengan perjanjian ini, filem keempat untuk siri Hotel Transylvania ini tidak akan ditayangkan di pawagam dan akan terus tiba secara global di Amazon Prime Video. Sony dilaporkan masih lagi memegang hak untuk pengeluaran cakera, tayangan di TV, dan juga tayangan di China.

Hotel Transylvania: Transformania sepatutnya disiarkan pada 1 Oktober akan tetapi dengan keadaan pawagam di Amerika Syarikat yang masih tidak menentu, Sony telah mencari alternatif lain untuk menawarkan filem ini.

Sony Pictures merupakan sebahagian kecil pengeluaran filem yang tidak mempunyai platform penstriman tersendiri, mereka sebelum ini juga telah menandatangani perjanjian dengan Disney untuk filem-filem mereka pada tahun 2022 akan tiba di platform Disney terlebih dahulu selepas ditayangkan di pawagam.

Sohor Kini