Pada 18 Ogos ini, Mortal Shell akan menyambut ulang tahun pertama dan Cold Symmetry telah mengumumkan pelancaran DLC untuknya yang menyertakan mod baharu iaitu The Virtuous Cycle. Ia akan menyertakan mod roguelike ke dalam Mortal Shell.

Mereka juga mengumumkan yang DLC ini akan ditawarkan secara percuma untuk semua pemilik Mortal Shell akan tetapi ia adalah terhad untuk 5 hari selepas pelancaran sahaja, iaitu bermula pada 18 Ogos sehingga 23 Ogos 2021 sebelum dijual dengan harga $7.99 (~RM33).

Tawaran ini adalah untuk semua platform permainan ini dikeluarkan iaitu PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store, GOG dan juga Steam pada 18 Ogos ini. Ini juga merupakan pertama kali permainan ini ditawarkan di Steam.

Sohor Kini