Uniqlo hari ini telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan koleksi pakaian termasuk juga Tshirt Pokemon dengan rekaan yang dihasilkan oleh Meguru Yamaguchi dan juga James Jarvis. Koleksi ini akan dilancarkan pada 18 Oktober.

Terdapat 5 rekaan untuk Tshirt dewasa yang akan dijual dengan harga RM59.90, dan 4 rekaan untuk baju panas dewasa yang ditawarkan dengan harga RM79.90. Untuk kanak-kanak, Tshirt akan mempunyai 4 rekaan dan ditawarkan dengan harga RM39.90 manakala baju panas mempunyai 4 rekaan dengan harga RM59.90.

Koleksi ini akan ditawarkan bermula 18 Oktober 2021 di mana-mana cawangan Uniqlo dan juga secara dalam talian di Uniqlo.com.

Sohor Kini