Disney+ Hotstar telah mengumumkan yang filem baharu berdasarkan siri filem popular Home Alone akan disiarkan di platform tersebut pada 12 November 2021 secara eksklusif. Dengan menggunakan judul Home Sweet Home Alone, ia akan membawa barisan pelakon baharu.

Sepertimana tertiris sebelum ini, ia akan melibatkan senarai pelakon seperti Ellie Kemper, Rob Delaney, Archie Yates, Aisling Bea, Kenan Thompson, Tim Simons, Pete Holmes, Devin Ratrya, Ally Maki, dan Chris Parnel.

Ia akan diarahkan oleh Dan Mazer yang pernah mengarah filem seperti Dirty Grandpa dan I Give It Year, dan ditulis oleh Mikey Day dan Streeter Seidell. Hutch Parket, Dan Wilson, Jeremiah Samuels dalah penerbit.

Di dalam filem baharu ini, Max Mercer telah ditinggalkan oleh keluarganya yang bercuti di Jepun, apabila satu pasangan suami isteri cuba mendapatkan barangan pusaka daripada rumahnya, Max bertanggungjawab untuk menghalangnya.

Sohor Kini