ESL Mobile Challenge telah mengumumkan penganjuran kejohanan League of Legends: Wild Rift SEA Championship yang akan melibatkan 20 pasukan daripada 9 negara asia tenggara iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, Taiwan dan Hong Kong bersama dengan Australia dan New Zealand.

Kejohanan ini akan berlangsung di dalam tiga peringkat iaitu Plays Ins, Peringkat Kumpulan dan Peringkat Akhir untuk merebut hadiah terkumpul $200 ribu (~RM848 ribu). Berikut adalah jadual kejohanan di mana setiapnya akan di strim secara langsung.

  • Play Ins: 14 September – 19 September 2021
  • Peringkat Kumpulan: 23 September – 26 September 2021
  • Peringkat Akhir: 30 September – 3 Oktober 2021

Jika anda ingin mengikut kejohanan ini, ia akan disiarkan Twitch, Youtube dan Facebook iaitu ESL Malaysia untuk Bahasa Melayu dan ESL Asia untuk Bahasa Inggeris.

League of Legends: Wild Rift sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini