1C Entertainment dan Prime Matter telah berkongsi treler baharu untuk permainan RPG King’s Bounty II. Ia memfokuskan kepada watak ketiga yang boleh dimainkan iaitu Elisa yang merukan kelas Paladin.

Elisa berasal daripada Lorian dan semasa peperangan saudara di antara peladang dan tentera upahan, beliau menerima satu kuasa yang berjaya untuk menghalau penjahat daripada Lorian. Beliau kemudiannya dipilih oleh penduduk Lorian untuk pergi ke Universal Assembly.

Mereka sebelum ini telah mengumumkan dua lagi watak yang boleh dipilih oleh pemain iaitu Aivar yang merupakan kelas Fighter dan Katherine iaitu kelas Mage.

King’s Bounty II akan dilancarkan pada 24 Ogos 2021 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini