Moonton akhirnya mengumumkan secara rasmi kolaborasi seterusnya untuk permainan MOBA Mobile Legends: Bang Bang mereka iaitu ia adalah kerjasama dengan Hasbro untuk menyertakan kostum berdasarkan siri popular Transformer.

Bersama dengan pengumuman tersebut mereka juga telah berkongsi satu treler animasi yang anda boleh tonton di bawah.

Di dalam video tersebut ia memperlihatkan beberapa watak Autobots iaitu Optimus Prime dan Bumblebee sedang bertempur dengan Megatron dan juga robot Decepticon yang lain.

Selain itu, ia juga memperlihatkan juga watak daripada Mobile Legends seperti Johnson dan Granger yang menolong Autobots manakala X Borg bersama dengan Decepticon.

Kostum berdasarkan Transformer ini akan tiba secara rasmi pada 24 Ogos, bagi yang berminat mengenai penceritaan bagaimana Transformer boleh hadir ke dalam dunia Mobile Legends, mereka akan kongsi komik mengenainya pada 21 Ogos ini.

Ini adalah kolaborasi utama seterusnya untuk Mobile Legends, pada bulan lepas ia telah menerima kostum Darth Vader dan juga Yoda.

Mobile Legends: Bang Bang sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini