Filem Anime Baharu Slam Dunk Akan Tiba Pada Tahun 2022

Pada awal tahun ini, Toei Animation telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan filem anime untuk Slam Dunk, dan ia akan turut melibatkan Inoue Takehiko iaitu pencipta untuk Slam Dunk.

Hari ini, mereka telah mengumumkan yang filem tersebut akan tiba pada tahun 2022, bersama dengan pengumuman tersebut mereka juga berkongsi video baharu memfokuskan kepada kumpulan produksi yang terlibat dengan filem ini.

Selepas siri anime Slam Dunk berakhir pada tahun 1996, ia tidak menerima sebarang kandungan baharu sama ada siri ataupun filem. Ia juga mungkin kerana manga untuknya juga tidak diteruskan selepas jilid terakhir yang juga dikeluarkan pada tahun 1996.

Slam Dunk pernah menerima 4 filem yang dikeluarkan sepanjang tahun 1994 dan 1995, filem tersebut membawa penceritaan yang tidak berdasarkan manga, filem baharu ini juga dijangkakan adalah satu penceritaan baharu tetapi terus mengekalkan watak yang sama.

Sohor Kini