Netflix akhirnya berkongsi senarai pelakon utama untuk siri aksi nyata Avatar: The Last Airbender mereka yang buat masa ini masih tidak mempunyai jangkaan tarikh untuk siaran.

Mereka mengumumkan empat pelakon yang akan membawa empat watak utama bagi siri ini, iaitu Gordon Cormier sebagai Aang, Kiawentiio sebagai Katara, Ian Ousley sebagai Sokka dan Dallas Liu sebagai Prince Zuko.

Gordon Cormier sebelum ini pernah terlibat dengan siri The Stand, Kiawentiio pula siri Rutherford Falls serta Anne with an E, Ian Ousley pernah terlibat dengan Netflix melalui siri 13 Reasons Why dan Dallas Liu terlibat dengna siri Players serta mempunyai bahagian di dalam filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.

Pencipta utama untuk siri ini adalah Albert Kim yang pernah menjadi penerbit untuk siri Sleepy Hollow dan Nikita, manakala Dan Lin akan menjadi penerbit dan juga penulis, beliau pernah menerbitkan filem seperti Aladdin, The Lego Movie dan The Two Popes.

Siri ini juga pernah melibatkan pencipta asal untuk Avatar: The Last Airbender iaitu Michael Dimartino dan Bryan Konietzko akan tetapi mereka meninggalkan projek tersebut selepas mempunyai perbezaan idea.

Sohor Kini