Back 4 Blood Kini Siap Dibangunkan – Akan Tiba 12 Oktober

Turtle Rock Studio minggu ini telah mengumumkan yang permainan multi-pemain mereka Back 4 Blood kini siap dibangunkan dan bersedia untuk dilancarkan pada 12 Oktober tahun ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia juga akan disertakan di dalam Xbox Game Pass pada hari pelancaran.

Back 4 Blood sebelum ini telah melakukan sesi beta tertutup dan menerima reaksi positif daripada pemain, oleh itu tidak mengejutkan yang mereka kini bersedia untuk melancarkannya. Ia sepatutnya dilancarkan pada bulan Jun lepas, tetapi telah ditunda untuk memberi lebih masa kepada pembangunan.

Bagi yang tertanya jika permainan ini mempunyai kaitan dengan Left 4 Dead kerana mempunyai bentuk permainan yang lebih kurang, ia dibangunkan oleh pembangun asal untuk permainan yang diterbitkan oleh Valve tersebut. Semasa pembangunan Left 4 Dead, Valve telah mengambil alih Turtle Rock Studio dan menjadikannya sebagai Valve South.

Namun, selepas mengalami beberapa masalah dan pembangunan untuk Left 4 Dead selesai, Turtle Rock Studio keluar daripada Valve dan bergerak sebagai studio kendiri. Sebelum Back 4 Blood, mereka telah hadir dengan permainan seperti Evolve dan Face Your Fears.

Sohor Kini