Spelunky Dan Spelunky 2 Dilancarkan Di Nintendo Switch 26 Ogos Ini

Pada akhir tahun lepas, Nintendo telah mengumumkan yang Spelunky dan Spelunky 2 akan tiba untuk Nintendo Switch pada suku ketiga tahun ini. Berdasarkan penyenarian di Nintendo eShop, tarikh ia tiba adalah 26 Ogos ini (dilaporkan terlebih dahulu oleh Vooks).

Spelunky yang dikeluarkan pada tahun 2013 (versi olahan semula) akan ditawarkan dengan harga $9.99 untuk Nintendo eShop Amerika Syarikat, manakala Spelunky 2 yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 2020 ditawarkan dengan harga $19.99.

Spelunky merupakan permainan roguelike di mana pemain perlu mengembara dengan mengali satu kawasan untuk mencari pelbagai kawasan baharu. Apabila pemain mati, mereka perlu bermula dari awal, dan kawasan akan disusun semula untuk memberi pengalaman yang berbeza.

Kedua-dua permainan juga menyokong sesi permainan secara multi-pemain secara setempat dan juga dalam talian sehingga 4 pemain.

Sohor Kini