Battlefield 2042 tidak akan menyertakan kempen penceritaan di dalam permainan, oleh itu untuk menyampaikan kisah disebalik peperangan yang berlaku di dalam permainan tersebut EA akan berkongsi pelbagai kandungan termasuk juga filem pendek.

Filem pendek pertama yang dikongsi adalah Exodus yang anda boleh tontonnya di bawah.

Di dalam Battlefield 2042 kebanyakan negara telah musnah akibat iklim yang ekstrem dan juga perebutan sumber asli. Kehancuran negara-negara tersebut telah mengakibatkan ramai yang telah menjadi rakyat tanpa negara, di mana mereka telah membentuk satu komuniti iaitu No-Pat (No-Patriated).

Keadaan menjadi lebih terus apabila berlakunnya Kessler Syndrome di mana 70% satelit telah jatuh ke bumi yang menyebabkan perhubungan terputus, ia juga mengakibat ketegangan di antara Amerika Syarikat dan Russia.

Fokus untuk filem Exodus adalah mengenai watak Kimble Graves iaitu Irish, daripada permainan Battlefield 4 yang sedang cuba untuk mendapatkan satu beg bimbit atas arahan Oz iaitu watak yang tidak diperlihatkan lagi akan tetapi dia mengetuai sebahagian daripada No-Pat.

Selepas mendapatkan beg bimbit tersebut, Irish mula menyedari yang ia mengandungi lokasi senjata rahsia Amerika Syarikat, dan Oz cuba untuk mendapatkannya mungkin untuk menjualnya kepada Russia. Merasakan yang ia boleh mengakibatkan peperangan tercetus, Irish cuba memastikan Oz tidak berjaya mendapatkannya.

Namun usaha tersebut gagal, dan Irish mengambil keputusan untuk melibatkan diri di dalam peperangan yang bakal berlaku tidak lama lagi, dan bermula lah perang saudara di antara dua puak di dalam No-Pat.

Irish merupakan Specialist kelima yang akan tiba di dalam permainan Battlefield 2042, bersama dengan Webster Mackay, Maria Falck, Pyotr Guskovsky (Boris) dan Wikus Van Daele (Casper). Lima lagi Specialist akan diumumkan dalam masa terdekat menjadikan Battlefield 2042 akan dilancarkan dengan 10 Specialist.

Battlefield 2042 akan dikeluarkan pada 22 Oktober 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Ia akan menyokong fungsi rentas platform akan tetapi terhad kepada generasi di mana PlayStation 5, Xbox Series dan PC boleh bermain bersama kerana ia menyokong sehingga 128 pemain pada satu masa. Manakala PlayStation 4 dan Xbox One boleh bermain bersama dengan menyokong sehingga 64 pemain.

Sohor Kini