11 Bit Studios telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan Frostpunk 2 iaitu permainan susulan untuk Frostpunk yang dikeluarkan pada tahun 2018. Buat masa ini ia hanya diumumkan untuk PC.

Video pengumuman boleh ditonton di bawah.

Frostpunk merupakan permainan ketahanan hidup pembinaan bandar yang memerlukan pemain untuk mengawal dan membina penempatan untuk terselamat daripada keadaan cuaca dan iklim sejuk yang ekstrem.

Bagi permainan kedua ia berlaku 30 tahun selepas permainan kedua di mana berbanding menggunakan arang batu, teknologi kini beralih untuk menggunakan petroliam, di mana pengalian minyak akan menjadi industri baharu.

Bersempena dengan pengumuman ini, 11 Bit Studios juga telah mengumumkan yang pemain boleh mencuba Frostpunk secara percuma di semua platform ia tiba sehingga 16 Ogos 2021. Ia juga ditawarkan dengan potongan harga sehingga 70%.

Sohor Kini