Baru sahaja minggu lepas, J. Allen Brack iaitu bekas Presiden Blizzard meninggalkan studio World of Warcraft dan Diablo tersebut selepas antara nama yang terlibat dengan kes saman oleh kerajaan tempatan California kerasa masalah gangguan seksual.

Minggu ini, Kotaku melaporkan (disahkan oleh Activision Blizzard) yang Pengarah Diablo IV Luis Barriga, Ketua Pereka Diablo IV, Jesse McCree dan juga Pereka World of Warcraft Jonathan LeCraft juga telah meninggalkan Blizzard dan berkemungkinan dipecat.

Mengesahkan laporan ini, Activision Blizzard mengatakan yang mereka mempunyai ramai lagi pembangun yang telah pun mengisi jawatan-jawatan kosong selepas peninggalan tiga nama besar ini. Diablo IV masih lagi sedang dibangunkan dan tidak mempunyai sebarang tarikh pelancaran.

Beberapa nama besar yang meninggalkan Blizzard ini berkemungkinan adalah tindakan yang diambil oleh Activision Blizzard untuk meredakan sedikit gambaran negatif mengenai studio tersebut. Sama ada akan ada perubah ataupun tidak, kita hanya boleh nantikan.

Sohor Kini