Taito dan Inin Games telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan Space Invaders Invincible Collection untuk Nintendo Switch pada 17 Ogos 2021. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Melaluinya, ia akan menyertakan 11 permainan klasi Space Invaders yang dikeluarkan oleh Taito, iaitu permainan dari tahun 1978 sehinggalah 2018. Berikut adalah senarai permainan;

  • Space Invaders (1978, Arcade) – b/w
  • Space Invaders (1978, Arcade) – colour
  • Space Invaders Part II (1979, Arcade)
  • Lunar Rescue (1979, Arcade)
  • Space Cyclone (1980, Arcade)
  • Majestic Twelve: The Space Invaders Part IV (1990, Arcade)
  • Super Space Invaders ’91 (1990, Arcade)
  • Space Invaders DX (1994, Arcade)
  • Space Invaders Extreme (2018)
  • Space Invaders Gigamax 4 SE (2018)
  • Arkanoid vs Space Invaders (2016)

Di Nintendo eShop, ia ditawarkan dengan harga $59.99, selain versi digital ia juga akan menerima versi fizikal melalui penawaran di Strictly Limited Games.

Sohor Kini