Pada akhir tahun 2019, Typhoon Studios telah menyertai Stadia Games and Entertainment iaitu sebulan sebelum pelancaran permainan sulung mereka Journey to the Savage Planet untuk menjadi pembagun pihak pertama bagi perkhidmatan penstriman oleh Google tersebut.

Namun, pada bulan Februari tahun ini, Google mengumumkan yang mereka menutup Stadia Games and Entertainment, dan melepaskan kebanyakan pembangun mereka termasuk juga bekas-bekas pembangun bagi Typhoon Studios.

Minggu ini, pengasas bersama untuk Typhoon Studios Reid Schneider dan Alex Hutchinson mengumumkan penumbuhan studio baharu iaitu Raccoon Logic dan mengatakan yang lebih kurang 75% daripada pembangun mereka adalah bekas Typhoon Studios.

Mereka juga telah mengesahkan yang Google dan 505 Games iaitu penerbit asal untuk Journey to the Savage Planet telah bersetuju untuk memberikan sepenuhnya IP permainan tersebut kepada Racoon Logic, membolehkan mereka untuk membangunkan permainan tersebut tanpa sebarang masalah.

Raccoon Logic juga dikatakan telah menerima suntikan dana daripada Tencent yang akan mempunyai pegangan kecil di dalam studio tersebut yang secara majoritinya adalah pemilikan tersendiri oleh pengasas bersama.

Satu lagi kesan daripada penutupan Stadia Games dan Entertainment, Jade Raymond iaitu bekas ketua untuk studio tersebut juga telah menubuhkan studio baharu Haven yang bekerjasama dengan PlayStation untuk permainan pertama mereka.

Sohor Kini