Bandai Namco telah mengumumkan yang pemain dapat mencuba terlebih dahulu permainan Tales of Arise sebelum ia dikeluarkan secara rasmi, melalui versi demo yang akan tiba pada 18 Ogos 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series.

Tales of Arise akan turut dilancarkan untuk PC akan tetapi buat masa ini Bandai Namco tidak mengumumkan versi demo untuk platform tersebut. Sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan untuk permainan oleh Bandai Namco.

Permainan ketujuh belas untuk siri Tales ini akan dilancarkan secara rasmi pada 9 September 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini