Skip to main content

Ubisoft hari ini telah mengumumkan yang Rainbow Six Operation League Musim Keempat akan berlangsung pada bulan September ini, selepas musim ketiga berakhir pada Julai lepas dan dimenangi oleh pasukan Indonesia iaitu Team Insen.

Pendaftaran untuk musim keempat ini akan bermula pada 16 Ogos sehingga 5 September dan anda boleh lakukannya melalui pautan ini; https://ubi.li/OLMYSGPHID_S4.

Berikut adalah jadual untuk musim keempat ini;

  • Pendaftaran: 16 Ogos 2021 – 5 September 2021
  • Kelayakan Malaysia: 11 September 2021 – 12 September 2021
  • Peringkat Kumpulan A: 16 Oktober 2021 – 17 Oktober 2021
  • Peringkat Kumpulan B: 23 Oktober 2021 – 24 Oktober 2021
  • Playoff: 29 Oktober 2021 – 31 Oktober 2021

Juara untuk Rainbow Six Operation League Musim Keempat ini akan menyertai juara untuk Musim Kedua dan Musim Ketiga sebagai wakil untuk Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia di kejohanan Rainbow Six Operation League SEA Championship 2021 yang akan berlangsung pada bulan November ini.

Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply