SEM9 iaitu satu organisasi esukan oleh SEAGM hari ini telah mengumumkan yang mereka akan mengambil pasukan Gank untuk mewakili organisasi mereka bagi kejohanan esukan PUBG Mobile.

Oleh itu, kumpulan Gank kini dikenali sebagai SEM9.Gank dan akan membawa senarai pemain yang sama dengan sebelum ini iaitu Abdul Azim Ikromi (Draxx), Aiman Amirul (Man Parang). Azim Haris (Wrydep), Fairul Iskandar Putra (Putra) dan Lokman Hakim (Bravo).

Mereka juga akan terus menggunakan khidmat Fawwaz Sehaimi (Soultannn) sebagai penganalisa serta Agusalim Amran (hahagus) sebagai jurulatih. Jiunn Jie Kow atau Biubiu pula akan menjadi duta rasmi untuk pasukan ini.

Gank sebelum ini lebih dikenali sebagai Yoodo Gank telah menghentikan kerjasama mereka bersama dengan syarikat telko tersebut baru-baru ini. Yoodo juga telah mengumumkan yang pasukan Yoodo Alliance yang terdiri daripada pemain-pemain dari pasukan Gritg Ares.

Sohor Kini