Blizzard telah mengumumkan sesi beta terbuka untuk memberi peluang kepada semua pemain mencuba Diablo II: Resurrected. Sesi tersebut akan bermula pada 21 Ogos sehingga 24 Ogos untuk semua, manakala pemain yang melakukan pra-tempahan untuk permainan ini dapat mengaksesnya lebih awal iaitu pada 14 Ogos.
Melalui sesi beta terbuka ini, pemain dapat mencuba lima daripada tujuh kelas watak yang akan tiba di dalam permainan ini iaitu Amazon, Barbarian, Sorceress, Druid dan Paladin. Pemain boleh mencubannya tanpa had untuk tahap.
Pemain juga berpeluang untuk bermain bersama rakan di mana sesi beta ini menyokong sesi permainan secara koperasi sehingga 8 pemain, termasuk juga untuk mod PvP. Xbox Live Gold dan PlayStation Plus tidak diperlukan semasa sesi beta tetapi perlu untuk permainan penuh kelak.
Diablo II: Resurrected akan dilancarkan pada 23 September untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC.