Microsoft telah menganjurkan persidangan [email protected] untuk memperlihatkan sebilangan permainan indie yang akan dilancarkan di konsol mereka. Beberapa permainan yang diperlihatkan turut diumumkan akan tiba di Xbox Game Pass.

Antara permainan tersebut adalah Stardew Valley, permainan simulasi berkebun yang sejak dikeluarkan pada tahun 2016 masih lagi menjadi satu permainan yang sangat popular. Stardew Valley akan disertakan di dalam Xbox Game Pass suku terakhir tahun ini.

Aragami 2 adalah permainan susulan untuk Aragami yang dikeluarkan pada tahun 2016. Ia akan dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC pada 17 September ini dan akan terus disertakan di dalam Xbox Game Pass.

Evil Genius 2: World Domination merupakan permainan strategi di mana pemain perlu membina empayar jenayah. Ia sudah dikeluarkan untuk PC sejak bulan Mac lepas dan akan tiba untuk konsol pada suku keempat tahun ini di mana ia akan terus menyertai Xbox Game Pass.

Pathfinder: Wrath of the Righteous merupakan permainan susulan untuk Pathfinder, ia akan dilancarkan untuk PC pada bulan September ini dan untuk konsol kemudian. Semasa persidangan ini, tarikh untuk konsol disahkan iaitu pada 1 Mac tahun depan, dan akan disertakan di dalam Xbox Game Pass pada tarikh tersebut.

Library of Ruina adalah permainan strategi yang menjadikan pemain sebagai pemilik satu perpustakaan, di mana ia akan menerima pelbagai jenis tetamu dan ada yang pemain perlu melawan. Ia sudah dikeluarkan untuk PC secara akses awal di Steam sejak Mac lepas, ia kini dilancarkan secara penuh dan turut disertakan di dalam Xbox Game Pass.

Pupperazzi adalah permainan kasual yang menjadikan pemain sebagai seorang jurugambar yang mendapat tugasan untuk menangkap gambar anjing-anjing di persekitaran. Pemain boleh meningkatkan tahap kamera dan juga menemui pelbagai jenis anjing berbeza. Ia akan tiba tidak lama lagi, termasuk juga untuk Xbox Game Pass.

Selain 6 permainan ini, terdapat pelbagai lagi permainan indie yang diperlihatkan oleh Microsoft. Anda boleh melihat treler untuk permainan tersebut di channel rasmi untuk [email protected] di Youtube.

Sohor Kini