OlliOlli World merupakan permainan seterusnya untuk permainan arked papan selaju oleh Roll7, ia akan menawarkan bentuk permainan yang lebih mendalam berbanding dua permainan OlliOlli sebelum ini.

Melalui perkongsian ketika persidangan [email protected], mereka telah berkongsi treler baharu yang memfokuskan kepada pelbagai ubah suai yang boleh dilakukan oleh pemain.

Selain mengubah rupa pemain, seperti jantina, rambut, pemain juga boleh mengubah gaya menaiki papan selaju. Bersama dengan pelbagai pilihan pakaian yang pemain boleh dapatkan sepanjang bermain, tiada masalah untuk menghasilkan satu watak yang unik.

OlliOlli World akan dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan Nintendo Switch pada suku terakhir tahun ini.

Sohor Kini