Krafton dan PUBG Corp minggu ini telah membolehkan pemain untuk mencuba PUBG: Battlegrounds secara percuma di Steam sehingga 17 Ogos. Tawaran ini sudah bermula hari ini, dan anda boleh memuat turunnya di Steam untuk bermain.

Anda boleh mengakses kandungan penuh untuk PUBG dan jika ingin meneruskan sesi permainan selepas 17 Ogos, anda hanya perlu membelinya dan boleh menerus menggunakan akaun yang sama.

Di Steam ia ditawarkan dengan harga RM74.99, jika anda mempunyai konsol PlayStation 4 ataupun PlayStation 5 ia sedang dijual dengan harga promosi RM38.94 sehingga 18 Ogos, akan tetapi tiada tawaran untuk mencuba secara percuma di konsol.

Permainan ini baru-baru ini telah menukar nama dari PUBG ke PUBG: Battlegrounds, berkemungkinan sebagai persedian untuk hadirnya PUBG: New State.

Sohor Kini