Team 17 minggu ini menyambut ulang tahun ke-5 untuk permainan parti mereka iaitu Overcooked. Bersempena dengan itu, mereka telah mengumumkan jualan promosi untuknya di semua platform dengan potongan harga sehingga 40% untuk Overcooked! All You Can Eat.

Selain itu, ia juga boleh dimainkan secara percuma di Steam buat sementara waktu bermula sekarang sehingga 12 Ogos. Anda dapat mengakses permainan penuh, dan anda boleh membawa kemajuan yang sama dengan membelinya selepas 12 Ogos.

Melalui edisi All You Can Eat ini mereka akan menggabungkan permainan pertama dan kedua, bersama dengan kesemua DLC untuknya, ia juga akan menyertakan 7 peringkat dan 3 chef baharu.Bagi konsol generasi terkini dan PC ia juga akan menyokong resolusi 4K dengan kadar kelancaran 60FPS, termasuk juga pemuatan yang lebih pantas.

Overcooked! All You Can Eat sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC.

Sohor Kini